Pengenalan

TERENGGANU FA

TERENGGANU FA TELAH DITUBUHKAN PADA TAHUN 1972 DI BAWAH NAMA PERSATUAN BOLA SEPAK NEGERI TERENGGANU (PBSNT). MULA MEMASUKI ARENA BOLA SEPAK NEGARA UNTUK MEWAKILI NEGERI TERENGGANU DAN TELAH BERPUSAT DI KUALA TERENGGANU. TERENGGANU TELAH TERSENARAI DALAM KELOMPOK ELIT DALAM PERTANDINGAN BOLASEPAK DI MALAYSIA IAITU LIGA SUPER MALAYSIA.

SEBAGAI SALAH SATU JAGUH PANTAI TIMUR, TERENGGANU TELAH MEWARNAI SAINGAN LIGA TEMPATAN DENGAN PRESTASI DAN KEJAYAAN YANG TERSENDIRI. MENJUARAI LIGA PERDANA 2 KALI, IAITU PADA TAHUN 1990 DAN 1998 SERTA MENJADI NAIB JUARA PADA 1992 DAN 2001. MEREKA JUGA TELAH MENJUARAI PIALA MALAYSIA SEKALI, IAITU PADA TAHUN 2001 DAN MENJADI NAIB JUARA PADA 1973 DAN 1998. MEREKA TELAH MENJUARAI PIALA FA DAN JUGA PIALA SUMBANGSIH. SEJAK LIGA SUPER MALAYSIA DIPERKENALKAN, TERENGGANU MASIH LAGI BELUM BERPELUANG MENDAKAP PIALA LIGA SUPER ITU. PENCAPAIAN TERBAIK MEREKA HANYALAH PADA TEMPAT KETIGA DALAM SAINGAN MUSIM 2010 DIBELAKANG SELANGOR DAN JUGA KELANTAN.

TERENGGANU TELAH MENGGUNAKAN KHIDMAT STADIUM KERAMAT MEREKA, IAITU STADIUM SULTAN ISMAIL NASARUDDIN SYAH (SSINS) SEBAGAI GELANGGANG UTAMA MEREKA SEJAK DAHULU LAGI. TETAPI DENGAN SIAPNYA KOMPLEKS SUKAN GONG BADAK, PASUKAN TERENGGANU TELAH BERPINDAH KE STADIUM BARU IAITU STADIUM SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN YANG TERLETAK DI SITU. IANYA MEMPUNYAI KAPASITI 50000 PENONTON, HAMPIR 2 KALI GANDA DARI KAPASITI STADIUM SSINS.

MASKOT PASUKAN TERENGGANU ADALAH SANG PENYU, IAITU SEJENIS HAIWAN YANG TELAH MENJADI IKON UNTUK NEGERI TERENGGANU UNTUK SEKIAN LAMA. MOTTO PASUKAN IAITU 'PETEH GANU PETEH' JUGA ADALAH MENJADI LAUNGAN PEMBAKAR SEMANGAT YANG PASTINYA MENGHADIRKAN RASA GERUN KEPADA PASUKAN YANG BERTANDANG KE SINI.

No comments:

Post a Comment